[Video] "Ambulans Lambat Sampai, Saya Nekad Hantar Sendiri..", Tunggu Ambulans Lambat Sangat, Ayah Pakai PPE Hantar Sendiri Anak Ke Hospital Naik Motor
Peningkatan kes harian Covid-19 di beberapa negara yang tidak menunjukkan sebarang penurunan membimbangkan ramai orang. Lebih-lebih lagi bila virus ini semakin ganas menyerang sesiapa sahaja tidak lagi mengira umur muda atau tua.
Seorang kanak-kanak lelaki di Thailand ini juga merupakan
antara pesakit yang perlu dihantar ke hospital selepas mengesahkan dirinya
dijangkiti virus Covid-19 yang menular di negara itu.
Bapa sendiri yang hantar anak pergi hospital
Menerusi satu perkongsian video oleh penanam anggur di akaun
Twitter miliknya, video itu menunjukkan seorang bapa tengah bantu anak dia
angkat beberapa beg yang dipercayai mengandungi barang-barang keperluan anaknya
ketika berada di hospital nanti.
Boy in Thailand got COVID. His father waited for the ambulance to pick his son up but it didn't come. The father couldn't wait any longer so he donned PPE, packed up his son's stuffs and sent his son to the hospital himself via motorcycle. pic.twitter.com/YynomJUG9Z
— penanam anggur (@anthraxxxx) June 5, 2021
Bukan apa, bapa dia kesian tengok anak dia tunggu ambulans
lama sangat dengan beg pakaian dia lagi. Ibu bapa mana je tak sedih tengok anak
diorang yang kecil lagi dah kena tinggal berjauhan dengan keluarga.
Tak sanggup tengok anaknya penat menunggu, bapa itu terus
berpakaian PPE lengkap untuk hantar sendiri anak dia ke hospital selepas
dipercayai ambulans yang sepatutnya ambil anak dia dikatakan terlalu lambat.
Video call anak untuk bagi semangat
Selepas anaknya ditempatkan di hospital, bapa kanak-kanak
itu buat video call dengan kanak-kanak lelaki itu untuk beri kata-kata semangat
kepada anaknya yang berada di hospital. Budak lelaki itu pun nampak gembira
sangat bila ayah dia buat video call.
The father has been giving encouragement to his son via video call 😭 pic.twitter.com/dt5b597IaW
— penanam anggur (@anthraxxxx) June 5, 2021
Walaupun duduk berjauhan, dia tahu yang ibu bapanya tetap
akan beri semangat kepada dia untuk terus kuat melawan virus Covid-19 yang
menyerang dirinya.
Kita doakan semoga kanak-kanak ini cepat sembuh dan boleh
teruskan kehidupan dengan keluarga dia macam biasa.
Sumber: penanam anggur
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.