Anak curi duit bapanya RM3,000 untuk beli skin karakter, aksesori dalam PUBG Mobile
Tidak dinafikan permainan PlayerUnknown's Battlegrounds sama ada versi
komputer atau mobile kedua-duanya diminati oleh golongan muda dan tidak
terkecuali yang telah berusia.
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Jalandhar sanggup mencuri wang
sebanyak RS50,000 (RM2,924) milik bapanya untuk membeli 'mobile gaming
pad', pakaian khas dan aksesori karakter dalam permainan PUBG
Mobile.
Bapanya yang bekerja sebagai mekanik basikal menyedari wang simpanannya
dalam akaun bank menyusut secara tiba-tiba lalu membuat laporan
polis.
Lelaki itu tidak menyedari, wangnya itu sebenarnya telah dicuri oleh
anaknya sendiri. Dalam laporan polis itu, mangsa juga mendakwa dia tidak
menerima sebarang notifikasi dari pihak bank yang wangnya telah dipotong
untuk pembayaran.
Bagaimanapun, siasatan pihak berkuasa mendapati wang itu telah digunakan
untuk membeli barangan dalam permainan PUBG Mobile.
Polis memaklumkan kepada lelaki itu bahawa, anak lelakinya telah mencuri
wangnya pada waktu malam dengan memindahkan sejumlah wang itu ke akaun
rakannya. Malah, remaja terbabit turut memadamkan notifikasi pemindahan
wang dari pihak bank di telefon bimbit mangsa.
Selepas disiasat, akhirnya remaja itu mengaku melakukan perbuatan itu dan
bapanya tiada pilihan lain lalu menarik balik laporan polis yang telah
dibuat.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Golongan ibu bapa dinasihatkan berhati-hati dan tidak meminjamkan telefon
bimbit kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka melakukan sesuatu di luar
jangkaan yang bakal merugikan anda.
Sumber: The Quint