Ibu hamil cuba bersalin sendiri mengikut tutorial di YouTube, akhirnya kedua-duanya m4ti
Seorang wanita berusia 26 tahun dengan bayinya dilaporkan meninggal
dunia selepas wanita itu cuba bersalin sendiri selepas menonton tutorial
bersalin di laman YouTube.
Kejadian itu berlaku pada 10 Mac lalu, Ahad, di bandar Gorakhpur,
India.
Polis percaya mangsa cuba melahirkan bayinya sendiri tanpa bantuan
kerana bimbang dengan stigma masyarakat terhadap wanita yang belum
berkahwin (tetapi mempunyai anak).
Difahamkan, kejadian itu disedari oleh jiran mangsa yang kemudian
segera memaklumkan kepada tuan rumah selepas ternampak darah keluar dari
bilik mangsa pada pagi Isnin 11 Mac.
Tuan rumah datang dan memecahkan pintu bilik mendapati mangsa dan bayi
lelaki itu sudah meninggal dunia sebelum menghubungi polis.
"Dia (mangsa) datang menemui saya empat hari lalu dan memberitahu saya
yang ibunya akan datang untuk membantunya bersalin di
hospital.
"Selepas mendapat maklumat mengenai dirinya, saya sewakan bilik itu
kepadanya," kata pemilik rumah.
Siasatan polis pada telefon bimbit mangsa mendapati, wanita itu
terdahulu menonton video YouTube kaedah bersalin sendiri dan beberapa
video lain yang berkaitan.
Gunting, pisau dan beberapa lagi barangan lain turut ditemui di tempat
kejadian.
Difahamkan, mangsa sudah menetap di bandar itu sejak empat tahun lalu
dan hanya baru sahaja menyewa bilik itu sejak empat hari
lepas.
Selepas polis memaklumkan kejadian itu kepada waris mangsa, polis
difahamkan mangsa tidak pernah berkahwin.
Sumber: Independent UK