Majikan tumbuk hidung pembantu rumah sampai patah hanya kerana mangsa terlewat bangun
Majikan wanita didakwa mendera pembantu rumahnya yang merupakan warga
Indonesia semenjak mangsa baru bekerja dengannya dua bulan lalu,
menyebab mangsa mengalami kecederaan termasuk patah hidung,
lapor Asia One.
Jenny Chan Yun Hui, 41, juga memukul kepala mangsa dengan mangkuk
sehingga berdarah dan menumbuk muka mangsa beberapa kali sehignga mata
kirinya lebam dan pengelihatannya terjejas.
Chan mengakui bersalah di mahkamah atas tiga pertuduhan
itu.
Mangsa, Rasi, 27, mula bekerja di kondominium Chan Jalan Tanjong Rhu,
Singapura, Februari 2016.
Mangsa dikerahkan bangun jam 6 pagi setiap hari, sedangkan dia tidak
cukup rehat dan selalu mengantuk ketika menjalankan tugas. Melihat
keadaan Rasi begitu, Chan menjadi berang dan mula menderanya sejak April
2018.
Dalam satu kejadian, Chan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak
menyelesaikan tugasan paginya lalu diberi 'hadiah' penumbuk.
Chan juga memukul belakang kepala Rasi dengan mangkuk plastik dan
berdarah. Selepas itu, dia menyimbah air pada luka mangsa dengan air
mandian.
Selain itu, Rasi pernah ditumbuk bertubi-tubi di bahagian hidung/muka
kerana berang dengan mangsa yang bangun lewat.
Chan menumbuk muka Rasi tanpa sebarang belas kasihan biarpun Rasi
berkata dia ketika itu mengalami masalah pernafasan. Mangsa kemudian
disahkan patah tulang hidungnya.
Sebelum ini Rasi pernah menyuarakan hasratnya untuk berhenti bekerja.
Tetapi Chan pula mengugutnya, sekiarnya Rasi lari, dia akan memaklumkan
perkara itu kepada polis dan berdepan dengan hukuman penjara 20
tahun.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Awam Kelly berkata, tertuduh
menumbuk mata mangsa beberapa kali hingga kedua-dua mata mangsa bengkak
dan tidak dapat melihat.
Atas nasihat pembantu rumah yang lain, Rasi keluar dari rumah dan pergi
ke Kedutaan Indonesia untuk meminta bantuan.
Mahkamah dimaklumkan Chan mempunyai sejarah perubatan yang berkaitan
dengan mental dan ekoran kejadian itu, Chan bakal berdepan dengan
hukuman penjara selama 15 tahun dan juga denda.