Setahun Budak Ni "Simpan" Berus Gigi Dalam Perut
New Delhi: Masalah seorang budak lelaki berusia lima tahun yang sering mengadu sakit perut akhirnya diatasi selepas doktor menemui berus gigi sepanjang enam inci di dalam organ itu.
![]() |
KESHAV dirawat dihospital selepas pembedahan. Gambar kanan, berus gigi yang dikeluarkan dari perutnya. |
Doktor yang melakukan pembedahan terhadap Keshav Sahu terkejut menemui objek itu berhampiran pundi kencingnya.
Kanak-kanak dari Chhattisgarh, timur India, menelan berus gigi itu kira-kira setahun lalu tanpa memberitahu ibu bapanya. Dia hanya diberi ubat setiap kali mengadu sakit.
Namun, lama-kelamaan sakitnya semakin teruk menyebabkan ayahnya Hemant membawanya ke Kolej Perubatan Raipur untuk dirawat.
Doktor turut menemui batu karang dalam pundi kencingnya selain objek berukuran enam inci.
Sumber : Hmetro