(Video) Ditetak pelanggan kerana 'casing' telefon yang dipesan lambat sampai
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.40 malam Sabtu lalu di Plaza
Lokasari, Tamansari, Jakarta Barat, mangsa, Susiana Gautama, ditetak oleh
suspek, Suwarno, dengan sebilah parang.
Kejadian itu dirakam dengan jelas oleh kamera litar tertutup (CCTV)
menunjukkan pelanggan premis berkenaan bertempiaran lari selepas suspek
datang menyerbu dan menyerang mangsa dengan parang.
Ketika kejadian itu berlaku, tiada seorang pun individu yang tampil
membantu mangsa yang ditetak bertubi-tubi oleh suspek sehingga hampir
putus tangan kiri.
Tidak beberapa lama kemudian, seorang pengawal keselamatan datang ke
lokasi kejadian dan menenangkan suspek dari terus bertindak
agresif.
Siasatan awal mendapati, suspek berang dan mengamuk kerana barang yang
dipesannya, 'casing' telefon bimbit' dari mangsa selama dua minggu yang
lalu masih belum sampai ke tangannya.