'Ibu sumpah anakmu m4ti atau c4cat!' - Ibu berang anak lelakinya bernikah dengan janda anak dua
Aditya Bagus Febriyantono, 27, dari Jebres dan Ratri Listyorini, 30, dari
Laweyan sepatutnya diakad nikah pada jam 9 pagi hari ini, tetapi ibu bapa
pengantin lelaki, Sumarso dan Endang, datang membantah perkahwinan mereka
serta menuntut perkahwinan itu dibatalkan.
"Dari awal sudah tidak setuju, kenapa tetap dilakukan? Ini tidak boleh
terlaksana, tidak boleh terlaksana! Saya tidak mau ya, tidak mau. Dari
pertama sudah tidak setuju ya, tidak setuju," katanya.
Bagaimanapun, pasangan pengantin berkenaan tetap bertegas mahu meneruskan
pernikahan mereka
Ekoran kekecohan itu, polis dipanggil ke tempat kejadian dan polis
mengambil keputusan pasangan pengantin berkenaan bersama keluarga
kedua-dua belah pihak mengadakan rundingan di balai polis dan diselia oleh
Ketua Polis Laweyan, Santoso dan Ketua Pejabat Agama Laweyan.
"Sampai kamu nekad, ibu sumpahin kamu, dengar ya, jika nanti isterimu
melahirkan, kalau tidak mati sama anakmu, ya anakmu nanti yang cacat kalau
selamat.
"Dengar, ini sumpah ibumu yang melahirkanmu, yang membesarkanmu dan
menyekolahkanmu," kata Endang.
Difahamkan, Endang membantah pernikahan anaknya itu kerana dia tidak
menggemari Ratri menjadi menantunya.
Aditya dan Ratri kemudian diakad nikah di Balai Polis Laweyan, dan Ketua
Polis Laweyan menjadi saksi pernikahan itu.
Sementara itu, Endang mendakwa anaknya tidak pulang ke rumah selepas
bernikah dengan Ratri yang merupakan janda anak dua.