Remaja heret ibu ke mahkamah kerana upload gambarnya tanpa keizinan di Facebook
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengheret ibunya ke mahkamah
kerana selalu memuat naik gambar-gambarnya di laman media sosial Facebook
tanpa sebarang persetujuan darinya.
Difahamkan, remaja berkenaan mengalami mangsa konflik ibu bapanya selepas
pasangan itu bercerai. Keadaan menjadi semakin teruk apabila wanita itu
kerap kali memuat naik gambar-gambar anaknya di Facebook.
Apa yang membuatkan remaja berkenaan kesal ialah ibunya memuat naik
gambar dan maklumat kehidupan peribadi dia secara terperinci. Tindakan
wanita itu semakin hari semakin melampau apabila dia tergamak mendakwa
anaknya sendiri mengalami masalah mental serta selalu dibandingkan dengan
pembunuh.
Kesal dan tidak tahan dengan perbuatan wanita terbabit yang telah
menjejaskan kehidupan peribadinya, remaja itu telah mengheret ibunya ke
muka pengadilan agar masalah mereka dapat diselesaikan
mahkamah.
Selesai perbicaraan, Hakim Monica Valletti memerintah si ibu memadamkan
semua gambar-gambar anaknya yang dimuat naik ke dalam Facebook. Jika gagal
berbuat gagal mematuhi perintah mahkamah, dia juga akan didenda EUR10,000
(RM48,145).
Menurut Monica, terdapat banyak gambar-gambar peribadi dan maklumat
mengenai anaknya wanita berkenaan di Facebook, yang mana ia tidak
sepatutnya dipertonton atau didedahkan kepada umum. Malah, tindakan si ibu
itu telah menjejaskan reputasi anaknya sehingga remaja itu terpaksa
dipindahkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarikat untuk memulakan
perjalanan hidup baru.
Dalam hujah peguam remaja berkenaan juga menyebut bahawa, wanita itu
telah melanggar peraturan Facebook dan memuat naik gambar dan menuntut
bahawa semua gambar anaknya itu adalah milik dia.
Related:
Sedangkan dalam undang-undang di Italy dengan jelas menyatakan semua
gambar memiliki hak cipta dan jurugambar perlu meminta kebenaran dari tuan
empunya gambar sekiranya terlebih dulu sebelum dimuat naik ke media
sosial.
Sumber: Independent