Berang selalu dimarahi, pekerja bunuh majikan sekeluarga dan tet4k kepala anak majikan sehingga pvtus
Jabatan Jenayah Polis (Reskrim Polresta) Banda Aceh dengan kerjsama
Polis Daerah unit Kejahatan dan Kekerasan (Jatanras Polda) Sumatera
Utara berjaya menangkap suspek yang dikenali sebagai Ridwan, 22, ketika
dia sedang merancang untuk melarikan diri di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Namu, Medan pada petang Rabu.
Menurut laporan, Ridwan telah membunuh majikannya Tjisun, 45, dan
isterinya, Minarni, 40, serta anak mereka, Callietos Ng, yang baru
berusia lapan tahun. Kesemua mayat mangsa ditemui di rumah mereka di
Kecamatan Kuta Alam, Kota Banda Aceh dalam keadaan menyayat
hati.
Difahamkan, Ridwan baru bekerja dengan mangsa selama sebulan. Ridwan
mengaku dia sakit hati kerana selalu dimarahi oleh mangsa. Tidak tahan
dengan hal itu, Ridwan nekad menamatkan riwayat majikan dan
keluarganya.
Jurucakap Polis Daerah Aceh (POLDA), Kombes Misbahul Munauwar berkata,
punca utama suspek bertindak membunuh keluarga majikannya adalah kerana
dendam akibat sering dimarahi.
Dalam keterangan Ridwan, kejadian itu berlaku pada petang Jumaat 5 Januari
lalu sekitar jam 5 petang. Selepas membunuh kesemua mangsa, suspek
mengunci semua pintu kediaman keluarga itu.
Hasil soal siasat dengan suspek juga sekali gus membuktikan dakwaan yang
mengatakan kononnya kejadian itu mempunyai kaitan dengan isu perkauman
adalah tidak benar.
Mayat Tjisun ditemui dengan luka di bahagian leher, isterinya, ditemui
dalam keadaan terlentang tanpa pakaian dengan bekas luka dan cekikan di
leher, manakala anak mereka ditetak sehingga putus kepala.
"Itu tidak benar. Kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah tulen.
Keterangan dari suspek sekali gus menepis dakwaan daripada beberapa
pihak media yang mengatakan kes ini berkait dengan perkauman,"
katanya.
Hasil bedah siasat juga mendapati, terdapat kesan luka pada ketiga-tiga
mangsa yang menunjukkan mereka diserang menggunakan pisau.
Difahamkan, suspek akan didakwa kerana membunuh dan bakal berdepan
dengan hukuman penjara selama 18 tahun.
Sumber:
Harian Metro,
Tribun News