"Kalau RM20K Mahal, Kahwin Je Dengan Orang Kampung Sabah, RM500 Pun Jadi..", Wanita Teruk Dikecam Sehingga Buat Laporan Polis
Media sosial sepatutnya digunakan
dengan baik, tujuan baik tanpa perlu menyakitkan hati mana-mana individu atau
pihak. Tetapi tidak dinafikan ada yang terlanjur melakukan kesilapan itu dan
akibatnya? Dikecam netizen dari setiap sudut sehinggalah dikorek segala data
peribadi untuk dijadikan sebagai bahan tohmahan.
Ayat pertama mungkin masih boleh
diterima, tetapi ayat yang seterusnya mengundang rasa tidak puas hati netizen
khususnya netizen Sabah yang merasakan komen tersebut jelas sekali menghina
orang Sabah.
"Haha kalau takde duit,
takyah gatal nak kahwin. Kalau rasa RM20,000 mahal, kahwin je dengan orang
kampung Sabah ke, yang duduk kat rumah panjang tu. Dapatlah RM500 centu,"
tulisnya.
Apa lagi di media sosial, ramai
yang meluahkan rasa tidak puas hati dan menuntut wanita itu memohon maaf.
"Sah dia tak pernah Sabah
atau Sarawak sampaikan rumah panjang pun tak tahu. Rumah panjang kat Sarawak
dik non oi!" tulis Rosdi Yusof yang hairan dengan sikap segelintir orang
yang masih gagal membezakan asal usul rumah panjang.
Menyedari komennya telah
menimbulkan kekecohan di media sosial, Nur Alea segera membuat laporan polis
berikutan ada yang memuat naik komen berunsurkan ancaman terhadapnya. Nur Alea
juga membuat permohonan maaf melalui Facebooknya pada 28 April 2021.
"Yala kami ni orang kampung,
duduk hutan. Kesian bah kami ni. Nda apalah, kami ok saja ba. Yang penting kami
pandai masak nasi, pandai tanam padi, pandai menyumpit, pandai tangkap katak,
pandai buat rumah, pandai angkat tong gas, pandai segala-galanya. Nda rugi
hantaran murah serba boleh," balas Almy Abd Rasak yang turut menyertakan
gambar dirinya membuatkan banyak 'Lacoste' membalas komennya itu.
Baru-baru ini, seorang wanita
memuat naik komen di Facebook yang mengatakan golongan lelaki boleh melupakan
hasrat untuk berkahwin sekiranya tidak mampu menanggung hantaran RM20,000.
"Saya dengan merendah diri
ingin memohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan, mengecilkan hati
pihak tertentu sehingga berlakunya kekecohan di mana komen saya telah
diviralkan. Saya menarik balik apa yang saya cakap dan saya mengaku itu adalah
salah saya.
"Di sini saya lampirkan
laporan polis kerana isu ini telah semakin besar sehingga mendatangkan ancaman
kepada saya dan segala butiran saya telah didedahkan oleh individu tertentu.
"Jadi saya rasa isu virla
ini telah memberi ancaman keterlaluan sehingga boleh mengancam keselamatan
saya. Saya tak ada Facebook lain selain Facebook ini, Twitter dan Instagram pun
saya tak ada.
"Yang banyak post-post yang
dikeluarkan itu semua adalah akaun palsu yang ingin mengeruhkan lagi keadaan
dan mengambil kesempatan. Saya hanya mengeluarkan komen itu sahaja, tiada tokok
tambah tentang isu ini. Akhir kata saya ingin memohon maaf sekali lagi,"
tulisnya.
Sumber: Facebook Nur Alea Afiqah
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.