Suami kantoi curang, belasah isteri sampai bengkak muka
Seorang suami yang kantoi curang oleh isterinya, bengang lalu memukul
isterinya tanpa belas kasihan.
Gambar-gambar muka mangsa yang cedera akibat dipukul suaminya kini sedang
viral di media sosial.
Menurut laporan Tribun News, si suami juga tidak berpuas hati kerana
isterinya menyembunyikan kunci motosikalnya.
Difahamkan, si isteri berbuat demikian kerana kecewa, suami yang
disayangi itu rupa-rupanya dalam diam telah mengkhianati hubungan
mereka.
Kejadian itu berlaku di Bogor, Indonesia dan didedahkan oleh jiran
mangsa, di laman Twitter.
"Ini jiran saya yang dipukul oleh suaminya. Padahal suami dia yang
bersalah kerana curang, tetapi isterinya yang menjadi mangsa. Ini gambar
pasangan curang itu.
"Ceritanya, si isteri mendapat tahu suaminya curang lalu menyembunyikan
kunci motosikal. Suami mengamuk dan mengikat tangan dan kaki mangsa,
dipukul bertubi-tubi, dadanya juga dipijak.
"Laporan polis telah dibuat tetapi lelaki itu masih belum ditahan.
Isterinya masih di hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi masih
bingung tentang siapa yang akan menguruskan bayaran
rawatannya.
"Dan lebih sedih lagi, si isteri ini amat penyabar. Dia sempat tidur
sebilik dengan kekasih suaminya, malah rela tidur bertiga agar suaminya
mahu tidur di rumah," katanya.
Susulan viral itu, polis telah menahan lelaki terbabit untuk siasatan
lanjut.
Sumber: Ayunda, Tribun News