[Video] Wanita Terkejut Ular Sawa Muncul Di Side Mirror- “Nasib Baik Tak Bersalin Awal”

Tak kiralah besar ataupun kecil, kehadiran ular tanpa disangka-sangka boleh buatkan sesiapa pun ‘cuak’. Malah ancaman reptilia tersebut di dalam enjin kereta mahupun rumah turut bertambah kerana cuaca panas mengundang ia keluar dari habitatnya.

Ibu hamil cuak tiba-tiba ada ular sawa di side mirror…Bila kereta gerak baru perasan

Samalah seperti pengalaman seorang wanita ini apabila seekor ular sawa dilihat tiba-tiba muncul pada bahagian side mirror keretanya. Kehadiran haiwan tersebut cuma disedari semasa Puan Riena bersama suami sudah bergerak di atas jalan raya.


Nasib baik tak bersalin awal…Terus hantar pergi balai bomba terdekat

Gara-gara sedang mengandung, dia sempat berseloroh mujur tak terberanak disebabkan kejadian ini. Walau bagaimanapun, Puan Riena tetap bersyukur kerana tergerak hati untuk tidak buka tingkap sepanjang perjalanan. Rentetan itu, suaminya terus membawa ular tersebut ‘bersiar-siar’ sambil menuju ke balai bomba terdekat bagi terus menangkapnya.

Watch on TikTok

Kalau orang lain dah terlompat ke seat belakang…risau kalau ada penunggang motor atau pejalan kaki nampak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan cuak melihat ular berkenaan. Selain berteka-teki bagaimana ia boleh berada di situ, mereka turut risau jika ia terjatuh dalam perjalanan dan terkena pengguna jalan raya lain.

Sumber: TikTok rien_riena

Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya 😊

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close