[Video] "Teruk Brader Tu Kena Belasah..", Viral Rakaman Penghantar Makanan Belasah Pemandu Lori Secara Beramai-Ramai
SHAH ALAM: Beberapa penghantar makanan ᴅɪʙᴜʀᴜ susulan insiden ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ dan ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ seorang lelaki selepas berlaku ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ di Jalan Persiaran Setia Perdana, Setia Alam, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten
Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ pada 5.30 petang itu
membabitkan penunggang motosikal yang juga penghantar makanan dengan sebuah
lori.
Katanya, penunggang itu mengalami ᴘᴀᴛᴀʜ tangan
kanan dan ᴅɪʀᴀᴡᴀᴛ di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
“Siasatan mendapati ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ terjadi antara
sekumpulan lelaki yang juga penghantar makanan dengan pemandu lori terbabit.
“ᴋᴇᴄᴇᴅᴇʀᴀᴀɴ dialami pemandu itu belum dipastikan dan kita dimaklumkan dia akan hadir pada tengah hari ini untuk buat laporan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Baharudin berkata, pihaknya sudah
menahan dua penghantar makanan berumur 20 tahun dan 25 tahun di sekitar Shah
Alam bagi membantu siasatan kes ᴘᴇʀɢᴀᴅᴜʜᴀɴ itu, semalam.
“Usaha untuk mengesan ꜱᴜꜱᴘᴇᴋ lain sedang giat
dijalankan dan kes disiasat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 147/427 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ,” katanya.
Menurutnya, siasatan juga dibuat mengikut ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ
43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ.
Beliau menasihati masyarakat supaya tidak
mengambil tindakan melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan berlaku ᴘᴇʟᴀɴɢɢᴀʀᴀɴ
ᴜɴᴅᴀɴɢ-ᴜɴᴅᴀɴɢ.
Sebelum ini tular di media sosial, video yang
menunjukkan sekumpulan penghantar makanan ᴍᴇᴍᴜᴋᴜʟ pemandu selepas berlaku ᴋᴇᴍᴀʟᴀɴɢᴀɴ.
Sumber: Aku Papan Kekunci
Pan Kekunci
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.