"Ini Betul-betul Melampau..", Ayat Al-Quran Dicetak Pada Boxer
SANDAKAN: Pihak Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Sabah (JHEAINS) Sandakan telah mengesan beberapa pasar raya di
Sandakan yang didapati menjual seluar dalam lelaki atau ‘boxer’ yang memaparkan
sepotong ayat suci Al-Quran.
Pegawai Tadbir Agama JHEAINS
Sandakan, Romzi Abdul Rahman berkata, susulan kejadian tular di Facebook
berhubung perkara itu, pihaknya bergegas membuat pemeriksaan lanjut, pada
Jumaat.
Menurutnya, seramai enam anggota
penguat kuasa JHEAINS terlibat dalam pemeriksaan berkenaan.
Pada awalnya JHEAINS membuat
pemeriksaan ke atas pasar raya yang ditularkan menjual ‘boxer’ berkenaan yang
terletak di Batu 8.
Bagaimanapun, sebaik tiba, didapati dakwaan itu ternyata benar, namun pakaian dalam itu sudah pun disimpan.
Susulan itu, JHEAINS menjalankan
pemeriksaan ke atas beberapa lagi pasar raya di Sandakan dan mendapati dua buah
pasar raya didapati turut menjual ‘boxer’ berkenaan.
Justeru, pihaknya telah merampas
beberapa helai seluar dalam berkenaan untuk tujuan siasatan.
"OPS PEMANTAUAN DAN SIASATAN PENJUALAN BOXER BERJENAMA SODA YANG MELIBATKAN AYAT SUCI AL-QURAN OLEH PIHAK JHEAINS...
Posted by Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah - Sandakan Info & Berita on Friday, April 30, 2021
Pihak pasar raya juga diminta
menyimpan dan tidak menjual seluar dalam terbabit.
Dalam pada itu, difaham pihak pengurusan sebuah pasar raya turut memaklumkan bahawa pihak pengeluar jenama seluar berkenaan telah memberikan arahan penarikan ‘boxer’ terbabit.
Bagaimanapun, tindakan
selanjutnya akan diambil bagi menangani perkara tersebut.
Sejak pagi Jumaat, beberapa
keping gambar memaparkan ‘boxer’ yang tertera ayat Al-Quran tular di Facebook.
Sumber : Astroawani
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.