"Nak Balik Modal Pun Tak Dapat..", Keluar Modal RM15K Jual Baju Raya Di Bazar, Peniaga Termenung Tanggung Kerugian Sebab Bazar Diarahkan Tutup
Keluar ModaI RM15,000 Meniaga
Baju Di Bazar , Peniaga Termenung Tak Sampat Balik ModaI
“Jangankan nak dapat untung,
malah kami hanya menanggung rugi,” itulah luahan hati seorang peniaga di Bazar
Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mohd Hazani Husin, malam tadi.
Mohd Hazani, 40, yang menjuaI
baju kurung dan baju Melayu berkata, dia meletakkan harga RM140 sepasang pada
pembukaan baazar berkenaan. walau bagaimanapun, katanya disebabkan baazar bakal
berakhir semalam dan juga sesuai dengan arahan terbaharu kerajaan, dia menjual
pkaian berkenaan separuh harga iaitu RM70 sepasang bagi menghabiskan stok.
Katanya, itu saja cara untuk
menghabiskan stok baju yang masih lagi bnyak dan memang tidak dapat untung apabila
menjuaI baju pada harga itu.
“Saya mengeluarkan modal RM15, 000
untuk perniagaan ini, namun sehingga hari ini, modaI belum diperoleh dan
selalunya tiga hari terakhir menjeIang Aidilfitri adalah paIing meriah kerana
rmai peIanggan ketika ini.
“Bagaimanapun, kami (peniaga)
sama sekali tidak menjangkakan perniagaan terpaksa ditutup awal. Malah beberapa
hari sebelum bazar ini diumum tutup sepenuhnya, kami diarahkan supaya tutup
lebih awal iaitu 10 malam.
“Keadaan itu menyebabkan kami
kekurangan masa untuk menghabiskan stok, sekali gus mengakibatkan peniaga gagaI
meraih keuntungan,” katanya.
Peniaga biskut raya dan krepek,
Mohd Firdaus Wahab, 28, berkata, peniaga amat kecewa dengan keptusan pentupan
bazar berkenaan.
“Sudah 10 tahun saya berniaga di
Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sambutan pada tahun ini paling suram kerana tidak
ramai pengunjung.
“Sebelum ini, kami dijanjikan
boleh berniaga sehingga ke malam raya, namun ini pula yang terjadi. Mana mungkin
dalam tempoh singkat ini kami dapat menghabiskan stok jualan.
“Pada hari terakhir ini, saya
terpaksa meleIong biskut pada harga antara RM15 hingga RM20 sebalang berbanding
harga asal RM25, manakala kerepek dijual pada harga RM10 sepeket,” katanya.
Sementara itu, seorang
pengunjung, Nurul Munirah Abdul Rahman, 29, berkata, dia datang bersama
rakannya untuk membeli baju krung di bazar berkenaan seawal 7.45 malam semaIam.
Menurutnya, sebaik tiba, mereka
lihat ramai orang beratur untuk memasuki bazar itu memandangkan ia adalah maIam
terakhlr.
“Malah, ramai peniaga dilihat
meleIong pakaian serta biskut raya menjelang hari terakhir sebelum bazar itu
ditutup.
“LeIongan itu menyebabkan ramai orang datang menyerbu kedai pada saat-saat akhir kerana harga ditawarkan amat murah,” katanya.
Tinjauan wartawan Harian Metro di
bazar berkenaan mendapati pengunjung beratur pnjang dengan diawasi anggota poIis,
anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penguat kuasa Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL).
Peniaga mula meleIong barang
jualan mereka bermula 8 malam dengan baju Melayu dijual pada harga RM30
sepasang, kurta (RM10) dan baju kurung (RM50).
Anggota penguat kuasa DBKL
dilihat menutup pintu masuk bazar berkenaan tepat 10 malam meskipun masih ada
pengnjung beratur untuk masuk ke dalam bazar itu.
Sumber : Harian Metro
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.