Padah Buat Kontent Prank Youtube, 2 Personaliti Media Sosial Di Usir Daerah

Dua personaliti media sosial yang membuat 'prank' melampau bakal diusir dari pulau Bali.

Memetik portal CNN, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Bali, Jamaruli Manihuruk mengesahkan pengusiran dua personaliti media itu berdasarkan perundangan berkaitan Imigresen Indonesia.

"Kami akan mengusir warga asing itu berdasarkan Undang-undang Imigresen Nombor 6 tahun 2011.

"Hari pelepasan ke negara mereka bergantung kepada kekosongan penerbangan," katanya dalam satu sidang media semalam.

Josh Paler Lin dan Lisha Se menggemparkan Indonesia apabila membuat kandungan video dengan mengecat muka mereka bagi menggantikan pelitup muka.

Kedua-duanya dilihat memasuki sebuah pusat beli-belah tanpa memakai pelitup muka sebenar.

Video berkenaan tular dengan pantas selepas di muat naik di saluran YouTube pada 22 April lalu.

Indonesia melaksanakan peraturan ketat mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Kesalahan pertama boleh didenda 1 juta rupiah (kira-kiraRM284), manakala pesalah warga asing boleh diusir keluar dari Indonesia jika melakukan kesalahan kedua.

Walaupun itu kesalahan pertama, malah kedua-dua individu terbabit sudah membuat permohonan maaf, namun pihak berkuasa Indonesia tegas memutuskan perkara itu apatah lagi perbuatan mereka itu menyinggung perasaan rakyat Indonesia.

Setakat ini, Indonesia merekodkan 1.6 juta kes Covid -19 dengan 45,000 kematian sejak pandemik itu melanda dunia.

Sumber : Harian metro

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close