"Ini Fitnah & Sengaja Mengaibkan PDRM..", PDRM Siasat Pembaca Berita Astroawani Berkenaan Kritikan Kompaun RM50,000
"Sekarang ini, ramai yang
hidup secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tetapi ada yang
bertindak seolah-olah otak di lutut.. mengenakan kompaun RM50,000 kepada
penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri," kata
pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini yang mendapat
banyak pujian netizen.
Bagaimanapun, kenyataannya itu
dianggap fitnah yang sengaja mengaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bakal
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah
membuka kertas siasatan terhadap pembaca berita berkenaan.
Beliau berkata, kenyataan pembaca
berita itu dilihat sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah
keamanan dan menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pasukan PDRM.
Kes itu sedang disiasat mengikut
Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membolehkan pelakunya dikenakan hukuman
penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Acryl Sani menegaskan, tindakan
yang dilakukan PDRM adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada bagi
tujuan mengekang penularan Covid-19.
Selain Seksyen 504 Kanun
Keseksaan, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan
rangkaian). Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penajara tidak
melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan, kenyataan yang dibuat
oleh pembaca berita itu adalah berhubung dengan insiden seorang peniaga burger
di Kelantan yang dikenakan kompaun RM50,000 kerana didapati beroperasi melebihi
had masa yang ditetapkan dalam tempoh PKP.
Peniaga itu kemudian berkongsi
mengenai kompaun yang diterimanya itu di Facebook sehingga mengundang simpati
orang ramai.
Bagaimanapun keadaan berubah
apabila ada beberapa pihak yang tampil mendedahkan peniaga berkenaan sebelum
ini pernah dikenakan kompaun atas kesalahan yang sama sehingga dikenakan
kompaun RM1,000, membuatkan netizen mempersoalkan mengapa dia mengulangi
kesalahan yang sama sedangkan pernah dikenakan tindakan sebelum ini.
Sumber: Harian Metro, The Reporter
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.