Tak Nak Berbuka Puasa Dengan Mentua, Suami Tendang & Ugut Tikam Isterinya
Seorang wanita diugut ditikam
dengan pisau dan ditendang di bahagian belakang badan oleh suaminya dalam
kejadian yang berlaku di kediaman mereka di Taman Pandan Ria, Selasa, 27 April
2021.
Kejadian itu berlaku pada jam
8.30 malam di mana pasangan itu berselisihan faham berhubung berbuka puasa
dengan keluarga si suami.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,
Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pasangan itu terdahulu
berbincang mengenai perancangan untuk berbuka puasa bersama bapa si suami (28)
di luar. Namun berlaku perselisihan faham di antara mereka kerana si isteri
(25) enggan berbuka bersama mentuanya.
Reaksi si isteri membuatkan
suaminya bengang lalu mengambil pisau di dapur untuk mengugut isterinya. Wanita
itu segera melarikan diri dari rumah.
Jam 12.20 malam, Rabu, 28 April
2021, wanita itu pulang ke rumah dan suaminya masih tidak berpuas hati lalu
memukul isterinya di bahagian belakang badan serta cuba menikam isterinya.
Tetapi sempat dihalang oleh adik kandung suspek yang berada di rumah itu.
Mangsa sekali lagi melarikan diri
dan menghubungi polis untuk meminta bantuan sebelum membuat laporan kerana
bimbang dengan keselamatan dirinya.
Bertindak di atas laporan itu,
polis kini sedang memburu suspek yang telah melarikan diri. Kes disiasat
mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua
tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Jika ugutan itu adalah
hendak menyebabkan kematian atau cedera parah, suspek boleh dihukum penjara
tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sumber: Harian Metro, Kosmo
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.