Berang dengan tangisan, bapa baling bayi ke dinding sampai mati

 


Berang anak menangis tak berhenti-henti, seorang lelaki tergamak membaling anak tirinya yang berusia 15 bulan itu ke dinding sehingga mati. 

Difahamkan, Roni Andriawan, baru enam hari berkahwin dengan ibu mangsa. Namun telinganya tidak dapat menahan kebingitan tangisan mangsa sehingga mendorongnya bertindak kejam. 

Menurut jurucakap polis Serang Baru, Wito berkata, suspek membaling mangsa ke dinding beberapa kali di rumahnya di Desa Sukasari, Bekasi dalam kejadian Isnin lalu.

Perbuatan kejam itu dilakukan suspek ketika isterinya, Danis Aprilia, tiada di dalam bilik. 

Tindakan tidak berperikemanusiaan Roni itu menyebabkan kepala mangsa mengalami kecederaan. 

Selepas kejadian itu, mangsa mengalami demam dan kerap menangis. Roni memberi mangsa ubat tetapi keadaannya tidak menunjukkan perubahan positif. 

Ibu mangsa terkejut melihat anaknya tidak bergerak lalu segera membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

Roni ditahan polis dan mengaku membaling mangsa ke dinding sebanyak tiga kali dan dua kali kepala mangsa terkena dinding. 

Roni akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh. 

Sumber: Harian Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close