"Jangan Alihkan Pandangan Ke Isu Palestin, Fokus Covid-19 Dekat Negara Dulu..Bodoh!..", Jangan alih perhatian rakyat dengan isu Palestin, kata pemimpin DAP
PUTRAJAYA – Pemimpin DAP, Teng Chang Khim mengkritik
tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian tegas
Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin yang ketika ini berdepan
pencerobohan serta keganasan tentera Israel.
Dalam hantaran Facebook beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Bandar Baru Klang itu menyifatkan tindakan Perdana Menteri yang
disampaikan melalui perutusan khas hanya sekadar mahu mengalih perhatian
rakyat.
Sedangkan, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan
Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor itu, Muhyiddin
sepatutnya mengutamakan nyawa rakyat Malaysia yang terancam akibat Covid-19.
“Jangan mengalih perhatian rakyat daripada fokus. Jaga nyawa
rakyat Malaysia yang terancam kerana Covid-19 dahulu. Bodoh!” tulisnya semalam.
Bagaimanapun, semakan menerusi Facebook beliau pada hari ini
mendapati hantaran tersebut telah dipadamkan.
Tangkap layar hantaran berkenaan telah pun tular dan
mengundang kritikan netizen yang menyifatkan tindakan Chang Khim itu tidak
wajar memandangkan konflik Palestin-Israel adalah isu kemanusiaan yang perlu
diperjuangkan semua sebagai tanda sokongan kepada nasib rakyat Palestin yang
terus ditindas rejim zionis itu. -UTUSAN ONLINE
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.