Pusat Hiburan Dikompaun RM50,000
KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan
kompaun RM50,000 kepada pemilik pusat hiburan di Jalan Kia Peng di sini kerana
ingkar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB).
Dalam serbuan kira-kira jam 1.30
pagi tadi, seramai 133 pengunjung juga dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga
RM5,000.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah
dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata kompaun
dikeluarkan kepada 79 lelaki dan 55 wanita, semuanya warga tempatan.
"Pemilik premis dikenakan
kompaun RM50,000 manakala 133 pengunjung dikenakan kompaun antara RM1,500
hingga RM5,000 dengan nilai keseluruhan kompaun antara RM249,000 hingga
RM715,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.
"Kompaun dikeluarkan
mengikut Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit (No.4) 2021," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, operasi ini akan
dilakukan dari semasa ke semasa demi memastikan SOP PKPB yang ditetapkan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, orang ramai juga
dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan, demi memutuskan
rantaian wabak COVID-19.
Sumber : Berita Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.