Ustaz Ebit Lew Sumbang RM25,000 Untuk Keluarga Mangsa KRI Nanggala-402
PETALING JAYA – Penceramah
popular, Ebit Lew hari ini menghadiahkan RM25,000 kepada lima keluarga mangsa
tragedi KRI Nanggala-402.
Menurutnya di laman Facebook,
setiap keluarga menerima RM5,000 yang bersamaan dengan 17 juta rupiah.
“Sayu sebak bila dapat panggilan
video ahli keluarga tragedi KRI Nanggala-402. Selalu berdoa Allah bantu dan
beri kekuatan buat mereka dan ahli keluarga.
“Saya niat nak beri kata semangat
doa dan hadiahkan RM25,000 untuk lima keluarga yang susah mangsa tragedi KRI
Nanggala-402. Setiap keluarga RM5,000 atau 17 juta rupiah. Bila call
(berhubung) terasa seperti sebuah keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Ebit berkata, dia
bersyukur dapat menghubungi keluarga Serda Diyut Subandriyo dengan bantuan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aksi Cepat Tanggap.
Menurutnya, Serda Diyut
meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.
“Dapat bercakap dengan keluarga
dan anak beliau. Comel anaknya. Keluarga minta doakan anaknya boleh bercakap
dan berjalan. Sekarang umur 5 tahun. Kerana belum boleh bercakap dan berjalan.
“Sayu sahaja rasa tengok anaknya
yang tak tahu apa-apa. Masa berdoa bersama tadi keluarganya sebak sedih. Mereka
baru lepas berbuka dan sedang bacaan Yasin,” katanya. – K! ONLINE
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.