Sering kongsi perkembagan Palestin, FB warga Malaysia di Gaza disekat
AKAUN Facebook (FB) milik rakyat Malaysia tunggal di
Semenanjung Gaza Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman disekat, semalam.
Muhammad Nadir berkata, akaun FB miliknya itu disekat
selepas membuat hantaran berkenaan seorang kanak-kanak Gaza yang lari mengejar
jenazah ayahnya.
“Kejadian ini adalah pertama kali, tindakan pertama adalah
komen disekat.
“Kini saya sedang membangunkan kumpulan di aplikasi Telegram
dan Instagram,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, dia juga membuat akaun FB baharu dengan nama
sama iaitu Nadir Al-Nuri.
“Saya tidak akan putus asa dan akan sentiasa membuat akaun
baru jika masih lagi disekat,” katanya.
Muhammad Nadir juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Cinta
Gaza Malaysia satu-satunya rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung Gaza.
Difahamkan laman sosial beliau disekat susulan sering
memaklumkan perkembangan terkini berhubung keadaan semasa di Palestin di medium
berkenaan.
Kepada yang ingin mengikuti akaun Telegram Muhammad Nadir,
klik di sini atau, layari https://t.me/nadiralnuri.