Ibu tikam bayinya 3 kali selepas terdengar bisikan suara kata dia belum bersedia untuk menjadi ibu
Seorang wanita berusia 29 tahun dari Bandung, Indonesia dilaporkan
menikam bayinya yang berusia tiga bulan dengan pisau dapur selepas
mendakwa terdengar bisikan halus yang memberitahu dia masih belum bersedia
untuk menjadi ibu.
Kejadian itu berlaku di rumah ibu mertua dan sebelum itu suspek sedang
memandikan mangsa dan dia mendakwa terdengar suara halus itu
memberitahu:
"Awak masih belum bersedia untuk menjaga dia (mangsa), bunuh saja dia.
Anak awak akan masuk syurga."
Tidak diketahui siapa yang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Namun seorang penduduk yang dikenali sebagai Tarja berkata, dia terkejut
apabila melihat kehadiran anggota polis di kampungnya yang mahu mencari
suspek.
"Polis tiba dan bertanya tentang alamat rumah suspek. Saya ikut mereka ke
rumah dan polis kata anak suspek sudah mati," katanya.
Ekoran kejadian itu, suspek ditahan untuk disoal siasat dan mengaku telah
membunuh anaknya sendiri selepas terdengar suara bisikan halus itu yang
meminta dia berbuat demikian.
Para penduduk di kampung itu tidak menyangka tragedi itu berlaku pada
keluarga berkenaan kerana mereka tidak pernah menghadapi sebarang
masalah.
"Kami terkejut sebab keluarganya orang yang baik-baik, tiba-tiba saja
jadi begini," kata mereka.
Polis tidak menolak kemungkinan suspek mengalami penyakit meroyan dan
didakwa melakukan jenayah membunuh.
Polis kini masih menyiasat kejadian itu dan difahamkan mangsa adalah anak
pertama suspek.
Sumber: Tribun News