Isteri maut digigit suami
Seorang lelaki tergamak menggigit leher isterinya sendiri sehingga mati
dalam keadaan yang sangat mengerikan.
Jumardi yang berasal dari Desa Tobua, Kecamatan Mundulako, Kabupaten
Kolaka, Sulawesi Tenggara, Indonesia, bertindak menggigit leher mangsa,
Kasmawati, 36, sehingga mati kerana suspek mengalami masalah mental sejak
lima tahun lalu.
Ketika mangsa sedang menahan kesakitan akibat kecederaan parah, suspek
melarikan diri ke semak berhampiran.
Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi ibu kepada dua anak itu tidak sempat
diselamatkan.
Ketua Polis Wundulako, AKP Bahtiar Tayyeb berkata, anggotanya tiba di
lokasi kejadian dan terus mengejar suspek yang melarikan diri.
Selepas dua jam kemudian, polis berjaya menahan suspek yang bersembunyi
di dalam semak.
Ketika ditahan, suspek cuba melawan dan mengancam mahu mencederakan
anggota polis.
Sumber: Sumut Sindonews