Lelaki warga emas 'ratah' lembu betina selepas disarankan oleh rakannya
Lelaki warga emas yang dikenali sebagai Kong, 68, di Thailand ditahan
polis selepas didapati merogol lembu berusia 2 tahun di hutan pada jam 2
petang 3 Ogos lalu, lapor Thai Rath Online.
Terdahulu, penduduk kampung melaporkan perbuatan keji Kong itu kepada
polis yang kemudian datang ke lokasi kejadian untuk menyiasat.
Pemilik lembu dan beberapa penduduk kampung berjaya menangkap Kong yang
masih berada dalam keadaan tanpa seurat benang, yang dipercayai baru
selesai 'mengerjakan' lembu itu.
Mereka juga menemui baju dan seluar suspek yang ditinggalkan di hutan
serta kereta pacuan empat roda miliknya ditinggalkan di tepi jalan
kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
Ketika ditahan, Kong berpura-pura mengambil sayur.
Polis terus menahan suspek dan ketika disoal siasat, Kong senyum dan
mengaku dia telah mengulangi perbuatannya sebanyak dua kali tetapi tidak
pernah ditangkap.
Kong mendedahkan, dia hanya mengikut jejak langkah rakannya yang pernah
melakukan perbuatan itu sebelum ini dan menyangka ia seronok untuk
dilakukan, lalu dia pun mencubanya.
Kong kemudian memandu ke kawasan kampung dan menemui lembu itu yang
sedang meragut rumput, lalu diheretnya ke dalam hutan dan ditambat pada
sebatang pokok bagi mengelakkan haiwan itu melarikan diri.
Namun pada hari kejadian dia tidak sempat 'sampai ke puncak' kerana
perbuatannya telah diketahui oleh pemilik lembu yang
menangkapnya.
Kenyataan Kong disanggah oleh pemilik lembu di mana ketika dia menangkap
suspek, terdapat kesan cecair putih di kaki suspek dan turut ditemui di
bahagian kemaluan lembu, sekali gus menunjukkan Kong sempat melampias
nafsunya.
Kata pemilik lembu lagi, dia selalu membawa lembunya ke pinggiran hutan
untuk memberinya makan dan selalu dimaklumkan oleh penduduk kampung di
mana mereka kerap melihat suspek melakukan perbuatan jijik itu dengan
lembu yang sama sebelum ini.
Ekoran kesalahan itu, Kong dikenakan denda 300 Baht (RM40) dan
dibebaskan.
Sumber: Thai Rath Online, World of Buzz