[Video] Isteri Kekal Setia Menjaga Suami Lumpuh 32 Tahun Buat Netizen Sebak
Tempat seorang isteri adalah di
samping suami yang tercinta namun mereka sering dipandang remeh oleh
masyarakat. Tanpa disedari, pengorbanan yang dilakukan oleh seorang wanita
bergelar isteri adalah amat besar. Tidak kiralah jika suami itu sihat atau
sebaliknya, seorang wanita bergelar isteri harus setia menjaga suaminya dan
melalui susah senang bersama teman hidup yang telah dipilih. Nilai-nilai ini
nampaknya telah ditunjukkan oleh seorang wanita dalam sebuah video yang
dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew.
Perkongsian video di Facebook
Ustaz Ebit Lew itu menunjukkan betapa kuatnya kesetiaan wanita tatkala sabar
menjaga suaminya yang sudah lumpuh selama 32 tahun. Video tersebut meraih
sebanyak lebih 13 ribu perkongsian di laman sosial Facebook sejak dikongsikan.
Berdurasi selama 3 minit lebih, wanita berkenaan mula berkongsi tentang
liku-liku dalam perkahwinannya selama ini. Meskipun suaminya sudah sihat
kembali selepas mengalami musibah jalan raya, siapa menyangka dia sekali lagi
diuji dengan insiden sama sekali gus membuatkan dirinya lumpuh.
Wanita ini berdoa pada setiap
malam agar suaminya sihat dan boleh berjalan kembali. Di dalam video tersebut,
suami kepada wanita itu menggunakan wheelchair untuk bergerak dan ditolak oleh
orang lain untuk bergerak ke arah isterinya apabila dipanggil oleh ustaz
popular itu. Penceramah terkenal ini juga meluahkan rasa sebak saat memanggil
si suami ke hadapan dan melihat kasih sayang sesama mereka berdua.
Ruangan komen dipenuhi dengan
luahan sebak oleh netizen. Tak kurang juga, ada yang turut berkongsi tentang
pengalaman yang sama dialami oleh ibu dan ayah mereka. Ramai netizen juga
mendoakan agar suami isteri ini kekal bersama hingga ke syurga.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.