"Kasih Hingga Ke Hujung Nyawa..", 21 Tahun Hidup bersama, Pasangan Suami Isteri Meninggal Selang 72 Jam
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan jodoh mereka berkekalan di dunia sehingga ke syurga. Impian tersebut perlu disertai dengan tanggungjawab antara suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga mengikut panduan Islam yang sebenar.
Perkongsian oleh Skuad Pengurusan
Jenazah – SPJ Malaysia menerusi Fesbuk ketika menguruskan jenazah pasangan
suami isteri yang dijemput ilahi selang 72 jam ternyata menjentik hati ramai.
Kedua-duanya yag dikebumikan
bersebelahan telah menjalani hidup bersama selama 21 tahun sebelum ajal memisahkan
mereka di dunia ini.
Menurutnya, tanda orang beriman
jelas kelihatan ketika jenazah si suami hendak dikafankan, sekaligus
membuktikan kebesaran Allah dan memberi peringatan kepada semua yang masih
hidup.
Allah memuliakan jenazah dari
dunia lagi
21 tahun hidup bersama, suami
isteri dijemput Ilahi selang 72 jam, Allah S.W.T memuliakan jenazah ini dari
dunia lagi.
24 Februari 2021 – Bilik Gerakan
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menerima panggilan untuk membantu
menguruskan satu jenazah lelaki berumur 65 tahun warga Indonesia.
Oleh kerana arwah pemegang kad
permastautin tetap (MyPR), jadinya jenazah tidak boleh dituntut sehingga
selesai urusan dokumentasi dengan pihak berwajib kemudian barulah segala urusan
berkaitan pengebumian jenazah dapat dilakukan.
Kasih Hingga Ke Hujung Nyawa
Kasih isteri terhadap suaminya
dibawa sampai hujung nyawa apabila dia meninggal dunia 72 jam selepas suami
yang dikasihi itu pergi buat selama lamanya akibat tekanan darah rendah.
Si suami meninggal dunia pada 22
Februari 2021 di sebuah hospital di Selangor. Manakala si isteri menghembuskan
nafas terakhir 3 hari kemudian di kediamannya di Dengkil akibat kanser otak.
Pengurusan Jenazah
Bagaikan telah berjanji dan
begitu indahnya pengaturan dari Allah S.W.T. Dialah yang maha kuasa menyatukan
pasangan ini dengan pernikahan dan Dia jualah yang mematikan pasangan ini dan
Dia jugalah yang menentukan disemadikan bersebelahan .
Seperti tidak boleh berpisah
pasangan ini umpama sedang menikmati perjalanan yang indah bersama. Hebatnya
perancanganMu, Ya Allah.
Jenazah si isteri diuruskan di
Dengkil dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pekan Dengkil
selepas Zohor semalam (25 Februari 2021) manakala suaminya pula dikebumikan
bersebelahan isterinya sebelum maghrib hari yang sama.
Semasa proses kafan, sekali lagi
perkara pelik berlaku..
Tanda Perginya orang Beriman
Alhamdulillah,kami ditugaskan
untuk menguruskan jenazah si suami di hospital. Saat melihat keadaan jenazah
yang sudah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk mayat itu kami terkejut
kerana keadaan jenazah seperti baru meninggal dan dahinya masih berpeluh.
Mayatnya tidak keras dan tidak
pula membeku, wajahnya sungguh tenang seperti sedang tidur. Kelu lidah kami
sebentar melihat kebesaran yang Allah S.W.T tunjukkan.
Lalu jenazah pun dimandi dengan
segera sepertimana biasa. Tetapi, semasa proses kafan. Masya Allah! Sekali lagi
perkara pelik berlaku. Dahi jenazah ini mengeluarkan air dan kami lap air
tersebut.
Semasa hendak dipakaikan wangian
pada jenazah, sekali lagi kami melihat dahi jenazah berpeluh. Kami tutup muka
arwah dan selesailah proses mandi dan kafan.
Seterusnya kami menuju ke masjid
berdekatan rumah arwah untuk solat jenazah. Selesai tugas kami di sini dan
seterusnya van masjid pula akan bawa jenazah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Semua proses ini berjalan dengan
lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah S.W.T telah
pun memuliakan jenazah ini di atas jasa-jasanya yang Allah S.W.T sahaja yang
Maha Mengetahui.
Mengikut cerita dari anak saudara
arwah, bapa saudaranya selalu bangun di tengah malam dan bersolat tahajjud.
Ditambah pula amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh orang sekeliling
semasa arwah masih hidup, yang mana hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha
Mengetahui.
Wajah tenang seperti sedang
tidur..
Sungguh istimewa jenazah ini.
Mayat kebiasannya akan mengeras
dan membeku. Tetapi jenazah ini empat hari di dalam peti sejuk mayat. Melihat dari
keadaan dagingnya masih merah dan masih berpeluh. Wajahnya tenang seperti
sedang tidur.
MasyaAllah, kembalilah jiwa itu
dengan redha lagi diredhai dengan wajah yang senyum dan tenang.
Rasulullah SAW bersabda:
“Jagalah mayat ketika kematiannya
dan perhatikanlah tiga perkara:”
i. Bila dahinya berkeringat.
ii. Air matanya berlinang.
iii. Hidungnya keluar hingus.
Maka hal tersebut penanda rahmat
Allah S.W.T untuk si mayat.
Rasulullah S.A.W bersabda :
إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ، قاَلُوُا: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ. رَواه الإمام أحمـد والترمذي وصحح الحاكم في المستدرك.
”Apabila
Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para
sahabat bertanya,”Bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah
menjawab,”Allah akan memberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum dia meninggla.”
[HR Imam Ahmad, Tirmidzi]
Jom sama sama kita aminkan doa
ini.
”Kami
bersyukur ya Allah kerana dipilih olehmu untuk diberikan petunjuk dan hidayah.
Terimalah amal kebajikan kami dan ampunkan dosa dosa kami Ya Allah.
Semoga dengan petunjukmu dapat
jadikan kami yang hina ini insan yang berguna dan dirahmati olehMu dan
tempatkanlah pasangan suami isteri ini di dalam kalangan orang yang beriman dan
beramal soleh”. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Alhamdulillah, Syabas Skuad!
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JEN4ZAH
PATUH SYARIAH PROFFESIONAL ANTARABANGSA
Saiful Nizam
SKUAD TINDAKAN KHAS KHAS SPJM
Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ
Malaysia
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.