"Makin Lama Makin Mengarut..", 11,000 Rakyat China Hadiri Festival Muzik Di Wuhan, Majoriti Tak Pakai Mask + Tiada Penjarakan Sosial
Ribuan rakyat di China menghadiri
festival muzik di Wuhan, bandar di mana wabak Covid-19 mula dikesan. Festival
Muzik Strawberry yang bermula pada Sabtu menunjukkan orang ramai menari,
melompat dan menjerit dengan gembira apabila melihat penyanyi kegemaran mereka
naik ke pentas.
Wakil penganjur festival itu
berkata, kira-kira 11,000 orang datang menghadiri festival itu pada Sabtu,
sambil menambah jumlah itu melebihi dari jangkaan mereka.
Pagar besi dipasang di depan
pentas dan anggota keselamatan juga ditempatkan di beberapa tempat. Hanya
sebilangan kecil penonton yang memakai pelitup muka, berbanding kebanyakannya
yang tidak memakainya.
Tahun lalu, penduduk Wuhan
terpaksa menjalani perintah berkurung lebih dari dua bulan disebabkan pandemik
Covid-19. Sejak dari itu, bandar berkenaan dilaporkan hampir bebas sepenuhnya
dari virus berbahaya berkenaan, menurut data rasmi.
Trend jangkitan di China sejak
beberapa bulan lalu hanya melaporkan beberapa kes sporadik yang dikesan, sekali
gus meredakan ketakutan masyarakat terhadap virus itu.
"Tahun lalu kami (Wuhan) menderita disebabkan Covid-19. Bukannya mudah untuk mencapai apa yang dinikmati sekarang. Jadi, saya rasa sangat teruja berada di festival ini," kata Gao Yuchen, 23.
Festival yang dianjurkan selama dua hari itu mempersembahkan penyanyi tempatan yang ternama dan tidak begitu dikenali berganding menjayakan festival yang diadakan di Wuhan's Garden Expo Park. Para pengunjungnya dilaporkan datang dari pelbagai wilayah di negara itu.
Jumaat lalu, China hanya
melaporkan 16 kes baharu positif Covid-19. Kesemua kes baharu itu merupakan kes
import.
Sumber: Daily Mail
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.