[Video] "Rakaman Kapal Selam Sudah Ditemui..", KRI Nanggala-402 Pecah, 53 Kru Disahkan Maut



JAKARTA – Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala-402 telah terkorban, lapor laman berita Kompas.com lewat petang tadi.

Panglima TNI, Hadi Tjahjanto berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan bukti-bukti kukuh yang ditemui yang mengesahkan bahawa kapal selam itu telah tengggelam dan kesemua kru meninggal dunia.

“Kapal KRI Rigel membuat penilaian terperinci di lokasi yang mempunyai isyarat sebelum ini dengan menggunakan multibeam sonar dan magnetometer bagi menghasilkan visual dalam air yang lebih terperinci.



“Selain itu, kapal MV Swift Rescue Singapura turut menggunakan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) untuk menilai visual bawah air dengan lebih teliti.

 “Hasil penilaian, kami mengesahkan terdapat komponen KRI Nanggala-402,” katanya dalam satu sidang akhbar lewat petang tadi.

Komponen kapal yang ditemui terdiri daripada kemudi kipas belakang, sauh, bahagian luar badan kapal selam, alat selaman terapung serta beberapa bahagian kapal yang lain termasuk pakaian keselamatan kru. – Agensi

 


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close