Doktor Rakam Tiktok Menari Dengan Lemak Manusia Di Gantung Tugas
RIO DE JANERIO: Seorang pakar bedah plastik digantung kerja sementara
selepas bertindak memuat naik video memaparkannya sedang menari sambil
memegang kulit dan lemak pesakitnya.
Lapor Daily Star, video yang dimuat naik di laman TikTok itu menjadi
tular sehingga menerima kritikan hebat orang ramai yang menganggap
tindakan doktor itu tidak beretika.
Caren Trisoglio Garcia yang bekerja di Minha Surgery di Sao Paulo, Brazil memuat naik beberapa video di TikTok
memaparkan bahan berkenaan yang disifatkannya sebagai pencapaian
terbaiknya.
Dalam sebuah video, Garcia dilihat menari mengikut rentak muzik sambil
memegang sebahagian besar kulit manusia yang dikeluarkannya daripada
seorang pesakit ketika pembedahan plastik.
Video berlainan pula menunjukkan pakar bedah itu memegang sebuah beg
plastik yang mengandungi lemak manusia dengan kapsyen tertera `ia
merupakan bahagian payudara’.
Garcia kemudian menunjukkan sebuah lagi beg plastik yang dipenuhi cecair
dan mendakwa lemak itu dikeluarkan daripada bahagian ketiak.
Lembaga Perubatan Negeri Sao Paulo yang dikenali sebagai Cremes
menggantung lesen perubatan Garcia susulan video tersebut yang dimuat naik
dalam media sosial.
Dilaporkan, lembaga perubatan itu kini dalam proses menyiasat tindakannya
selepas mengumumkan notis tersebut pada 8 April lalu.
Sekiranya didapati bersalah maka lesen perubatan Gracia boleh
dibatalkan.
Media tempatan melaporkan bahawa Pembedahan Plastik Brazil (SBCP) sebelum
ini pernah menggantung keahlian Gracia selama enam bulan setelah mendapati
videonya tidak beretika.
SBCP mendapati Gracia melanggar lima peraturan dalaman antaranya
berkongsi gambar bahagian badan pesakitnya meskipun ia dilakukan dengan
kebenaran mereka.
Sumber : Utusan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas
komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir
panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.