"Diberikan Dadah Sebelum Dirogol..", Siang Dirogol 3 Abang Kandung, Malam Bapa Punya Bahagian
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membuat laporan polis yang mendakwa dia telah dirogol oleh bapa dan tiga abang kandungnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JS) Melaka, Asisten
Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa mendakwa dia dirogol dan diliwat di
sebuah rumah di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak.
"Mangsa mendakwa dirogol dan diliwat secara
bergilir-gilir oleh tiga abangnya di rumah. Mangsa juga dikatakan diberi
minuman yang bercampur dengan bahan dipercayai dadah oleh suspek sebelum
dirogol," katanya.
Di sebelah malam pula, mangsa menjadi tempat melampias nafsu setan bapanya, yang mengugut akan memukul mangsa sekiranya dia melawan.
Siasatan mendapati, mangsa diperlakukan sebegitu oleh empat
suspek sejak Februari 2020 sehingga
hujung Februari 2021.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan bapa,
tiga abang mangsa dan seorang wanita yang juga merupakan kakak ipar mangsa pada
jam 12.45 tengah malam kelmarin.
Kesemua yang ditahan berusia dari 23 hingga 48 tahun.
Keputusan ujian saringan air kencing mendapati, tiga daripada suspek positif
dadah jenis methamphetamine.
Semua ditahan remana selama seminggu untuk siasatan di bawah
Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro, The Reporter
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.