[Video] "Boleh Bungkus Kedai Mamak Kalau Macam Ni..", Dato Ayob Khan Tunjuk Kemahiran Tebar Roti
JOHOR BAHRU: Di sebalik ketegasan memburu penjenayah, aksi Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan kemahiran menebar roti canai mencuri tumpuan pengamal media pada program Singgah Sahur Kelab Media Johor (KMJ) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini awal pagi tadi.
Terdahulu, Ayob Khan menyambut kehadiran rombongan KMJ yang
diketuai Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang hadir ke IPK
Johor sebagai lokasi terakhir.
Ayob Khan berkata, program Singgah Sahur itu dilihat dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara kerajaan negeri, agensi kerajaan
seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan industri media.
“Dengan adanya kerjasama seumpama ini, ia dapat memantapkan
lagi sebarang penyaluran maklumat termasuk aktiviti yang berkaitan.
“Sumbangan media
daripada segi laporan berita yang dikongsikan berhubung kejayaan polis Johor
amat besar ertinya.
“Dari segi perkongsian media dan laporan kejayaan polis,
Kontinjen Johor merekodkan jumlah yang paling tinggi berbanding negeri lain.
Ini adalah sumbangan media dalam membantu menaikkan imej PDRM itu sendiri di
Johor,” katanya.
Ayob Khan melengkapkan acara penutup program Singgah Sahur
dengan ‘menjamu’ pengamal media dengan mempamerkan kemahiran menebar roti canai
kepada peserta program berkenaan.
KMJ meneruskan tradisi menganjurkan program Singgah Sahur menyantuni petugas barisan hadapan dengan mengagihkan juadah bersahur kepada mereka.
Terdahulu, konvoi yang disertai kira-kira 30 ahli KMJ itu
mengagihkan sajian sahur ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko
Rendah (PKRC) Stadium Tertutup Pasir Gudang, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia Negeri Johor, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Dalam pada itu, Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak, berkata
program tahunan yang dijalankan sejak 2015 itu bertujuan memberi penghargaan
kepada pasukan keselamatan dan perubatan yang bertugas.
“Selain menghargai jasa petugas barisan hadapan yang
sentiasa menjalankan tugasan tanpa mengira masa dan lokasi ketika pandemik
Covid-19, ia antara lain sebagai tanda sokongan kami terhadap mereka,” katanya.
Tahun ini, KMJ mendapat kerjasama Yayasan Johor Corporation
(JCorp) bagi pengagihan makanan, selain kerjasama PDRM yang bersama-sama
mengiringi rombongan Singgah Sahur. – UTUSAN
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.