Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan
lelaki dipercayai dukun didakwa membantu mencari kedudukan kapal selam KRI
Nanggala-402 yang telah hilang di kawasan perairan utara Bali, sejak Rabu lalu.
Akaun Instagram @makassar_iinfo yang mempunyai 1.2 juta
pengikut memuat naik tiga rakaman video memperlihatkan Persatuan Dukun
Nusantara (PERDUNU) sedang melakukan amalan ritual di atas sebuah kapal di
tengah laut, semalam.
Koleksi video tersebut pada asalnya dikongsi menerusi laman
Facebook Spiritual 24 Jam, sebelum dikongsi semula di beberapa akaun media
sosial lain termasuk di saluran YouTube.

Memetik artikel di portal Pikiran Rakyat Bekasi, terlihat
lelaki berbaju putih dalam video tersebut dipercayai ketua dalam melaksanakan
ritual itu menyebut beberapa ‘mantera’ tertentu selain doa Nabi Yunus AS di
hadapan dua bekas kecil tempayan air.
“Upacara hari ini, nanti kita tutup dengan menghanyutkan
(sambil menunjuk sebuah tempayan) yang kita mohonkan kepada Allah.
“Mudah-mudahan melalui cara ini, kapal KRI Nanggala-402
dapat ditemukan dengan segera dan semuanya menjadi selamat,” kata lelaki
berbaju putih tersebut.
Berikutan itu, ruangan komen posting @makassar_iinfo
dihujani lebih 1,500 komen warganet yang berdebat antara satu sama lain mengenai
tindakan dukun tersebut.
Rata-rata netizen mengatakan tidak salah sekiranya upacara
berkenaan bertujuan untuk membantu berdasarkan adat dan kepercayaan
masing-masing. Namun ada juga segelintir individu menyifatkan perbuatan itu
adalah syirik.
Namun menurut laporan media tempatan, harapan bagi
menyelamatkan puluhan kelasi kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia
(TNI) itu semakin tipis berikutan bekalan oksigen dipercayai sudah kehabisan.
Sumber: Instagram @makassar_iinfo , Pikiran Rakyat Bekasi, Borak Daily
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.