[Video] "Comel Gila Laki Tu, Nak Minta Num phone Dia Lah..", Niat Nak Berkenalan, Gadis 'Terciduk' Bila Surat Cinta Sampai Ke Tangan Orang Lain
Buat mereka yang masih bujang
tentunya sentiasa berusaha mencari kenalan bukan sahaja sebagai rakan boleh
jadi sebagai pasangan hidup.
Ada pelbagai usaha yang boleh
dilakukan seperti bermula di media sosial ataupun meminta nombor telefon
seseorang.
Tapi apa yang dilakukan oleh
gadis ini yang boleh dikatakan agak berani apabila terus meminta nombor telefon
seorang lelaki yang dia sukai.
Berkongsi moment tersebut di
platform TikTok, gadis berkenaan awalnya teruja apabila ingin meminta nombor
telefon seorang lelaki berbaju merah sewaktu dia bersama rakan-rakannya sedang
lepak bersama.
“Okay baju merah tu comel gila so
I tulis sesuatu dekat kertas nak bagi dekat dia,” kongsi gadis dikenali sebagai
Ayu Derbhara itu.
Bagaimanapun, rakan lelakinya
mula menawarkan diri untuk memberi kertas tersebut kepada lelaki yang
dimaksudkan itu.
Tapi siapa sangka, rakan
lelakinya itu tersalah beri kepada lelaki berbaju merah di meja lain bukan
lelaki yang sepatutnya.
Boleh dilihat lelaki berbaju
merah tersebut dan rakan-rakannya terlihat terkejut malah gadis berkenaan
tentunya terasa sangat malu ketika itu.
@ayu.derbhara Cerita sedih malamni.😂😂
♬ original sound - Ichikokawai Foodies - Azmya Yumna Ichiko
Menjengah ke ruangan komen,
rata-rata netizen terhibur akan kejadian tersebut selain terkejut akan
pengakhiran kisah cinta gadis berkenaan. Malah turut berasa malu bagi pihak
gadis itu.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.