[Video] "You Keluar Ini Pintu, Saya Tembak Sama You!..", Viral Majikan Mabuk Terajang & Ugut Tembak Pemandu Peribadinya
Viral di media sosial video seorang lelaki dimarahi, diterajang dan diugut
tembak oleh majikannya yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol
semasa kejadian itu berlaku.
Menurut Muhamad Fiji Samroni, 27, yang bekerja sebagai pemandu peribadi
berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu, 1 Mei 2021, kira-kira jam 1.22
pagi di Country Height Kajang.
"Saya berada di rumah majikan dan berlaku pertengkaran di antara saya
dengan majikan, Tan Heng Ta, disebabkan perkara yang saya sendiri tidak
pasti.
"Semasa pertengkaran itu, dia yang berada dalam keadaan mabuk memberitahu
dia boleh buat saya mati. Sekiranya saya keluar dari rumah tersebut (rumah
majikan), dia akan menembak saya.
"Selain itu dia juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya dan
menendang saya di bahagian bahu sebelah kanan. Motosikal saya juga telah
dirosakkannya," kata mangsa yang kemudian membuat laporan polis di Balai
Polis Kajang pada jam 9.15 pagi hari yang sama.
Berdasarkan tiga klip video yang viral, suspek berkata dia tidak mahu
berjumpa dengan mangsa lagi.
"Saya cakap sama you, besok saya tarak mau jumpa you... You mali Fiji!
Hello! Fiji! You keluar ini pintu, saya tembak sama you! Mali tunjuk
(kepada) saya!"
Suspek berulang kali meminta mangsa membuka begnya untuk melihat isi
kandungannya tetapi mangsa menjelaskan hanya ada susu anaknya dan sabun.
Mangsa seterusnya nekad untuk beredar kerana enggan melayani majikannya yang
mabuk lalu menolak motosikal ke pintu pagar.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila suspek menjatuhkan motosikal mangsa
dengan sengaja dan berkali-kali memanggil pihak pengawal keselamatan untuk
datang membantu dia menghalau mangsa dari kawasan kediaman itu.
Sementara itu di media sosial, netizen menggesa pihak polis menyiasat video
viral itu dan mengambil tindakan tegas terhadap suspek yang jelas sekali
telah menyerang pemandu peribadinya.
Sumber : The Reporter, Group FB Info Roadblok JPJ/POLIS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas
komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir
panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis
komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan
tanggungjawab anda sendiri.