Majikan Viral Yang Terajang & Ugut Tembak Pemandu peribadi Kini Direman 2 Hari

 

Baca juga : [Video] "You Keluar Ini Pintu, Saya Tembak Sama You!..", Viral Majikan Mabuk Terajang & Ugut Tembak Pemandu Peribadinya

Polis menahan seorang majikan kerana disyaki menendang bahu dan mengugut untuk menembak pekerjanya dalam kejadian di sebuah rumah di Country Height, Kajang di Kuala Lumpur, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki berusia 53 tahun itu ditahan pada pukul 4.50 petang semalam dan direman dua hari sehingga esok.

Beliau berkata kejadian pada kira-kira pukul 1.22 pagi itu bermula dengan pertengkaran antara suspek dan pemandu peribadinya itu selepas kedua-dua mereka baru pulang dari Kuala Lumpur.

“Semasa pertengakaran suspek mengugut untuk menembak pekerja berusia 28 tahun itu sekiranya lelaki berkenaan keluar dari rumahnya, selain mengeluarkan kata-kata kesat dan menendang pemandunya itu di bahagian bahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata suspek turut merosakkan motosikal milik pekerjanya hingga menyebabkan lelaki itu terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk melarikan diri sebelum membuat laporan polis pada kira-kira pukul 9.15 pagi pada hari kejadian.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323, Seksyen 506, Seksyen 427 dan Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, melakukan ugutan jenayah, melakukan perbuatan khianat serta melakukan halangan salah terhadap mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi balai polis berhampiran yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Mohamad Khir di talian 014-5307540.

Sumber : The Reporter

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close