Pengantin Ceroboh Rumah Orang Untuk Berkahwin, Dah Hantar Jemputan Walaupun ‘Owner’ Tak Bagi Kebenaran


Setiap pasangan pengantin mahu majlis perkahwinan mereka perfect. Daripada pakaian, dekorasi dan venue, semuanya perlu sempurna dan bersesuaian dengan tema yang digunakan.

Pasangan dari Florida, Amerika Syarikat ini juga memasang impian yang serupa. Mereka merancang mahu mengadakan majlis perkahwinan mereka di sebuah rumah agam mewah. Namun begitu, segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang kerana kedegilan mereka sendiri.



Memetik laporan Miami Herald, pasangan Courtney Wilson dan Shenita Jones jatuh cinta pada sebuah rumah agam dan merancang mahu mengadakan majlis perkahwinan mereka di situ. Difahamkan, kediaman itu berstatus For Sale.

Laporan lanjut mendedahkan pasangan pengantin itu ada meminta kebenaran pemilik rumah, Nathan Finkel untuk mengadakan majlis perkahwinan di rumah agam itu namun, permintaan itu ditolak Finkel.

Walaupun permintaan mereka untuk berkahwin di rumah agam milik Nathan Finkel di-reject tuan rumah, ia tidak membantutkan pasangan Wilson dan Jones daripada menghantar kad jemputan majlis perkahwinan.



Difahamkan, pasangan itu menggunakan alamat rumah berkenaan sebagai wedding venue dalam kad kahwin mereka. Siap mengaku itu rumah mereka lagi!

Walau bagaimanapun, majlis perkahwinan terbabit terbatal selepas pihak polis dipanggil ke lokasi oleh pemilik rumah yang perasan akan kehadiran orang tidak dikenali di hadapan rumahnya. Malah, mereka juga cuba untuk memasuki kediamannya.

Dikhabarkan, pemilik rumah tidak mahu bercakap dengan pasangan pengantin terbabit dan pihak polis terpaksa meminta mereka bersurai.

Sumber: Miami Herald



PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close