"Macam Ni Lawa Pun Kena Tinggal..", Gadis Cantik Umur 19 Akur Putus Tunang


Nak mengenali dan mencintai seseorang bukanlah satu fasa yang mudah kerana kadangkala ia memakan masa selama beberapa bulan atau tahun. Apabila sudah serius, masing-masing bakal mengikat tali pertunangan dan pastinya mengharap hubungan itu kekal ke jinjang pelamin. Namun segala perancangan manusia tetap berbalik kepada takdir dan aturan Tuhan.

Sayang jodoh tidak panjang, seorang gadis cantik berusia 19 tahun ini juga menerima dugaan sama. Di akur apabila lelaki yang selama ini disayangi akhirnya mengangkat kaki dan pergi daripada hubungan mereka. Berat dugaan semasa bertunang, si comel ini menjelaskan lagi persiapan sudah pun siap 50% namun dia yakin Allah pasti mempunyai perancangan lain yang lebih baik untuknya.



@cthjrhm

Dah takde jodoh tak mengapalah saya redha 🙂🕊 preparation 50% but sokay Allah plan its better 🙂#ujian #ujiantandaallahsayang #bertunang

♬ bunyi asal - barbie

Meskipun dipertikai kerana sudah memikirkan soal kahwin pada umurnya yang terlalu muda, dia tenang menjawab teguran netizen. Soal rupanya yang cantik namun tetap ditinggal pula, pengguna TikTok ini mengibaratkan hubungan percintaan umpama solat terawih merujuk kepada siapakah akan bertahan hingga akhir.

Sumber : TikTok Barbie

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close