Bapa Beri Nama anak HTML, " Ia Dah Menjadi Trend Keluarga Kami.."
Pemilihan nama anak merupakan proses yang rumit dan pastinya memerlukan pasangan suami isteri berfikir panjang sebelum membuat keputusan terakhir.
Seorang lelaki di Filipina mengambil keputusan
untuk memberi nama anak lelakinya, Hypertext Mark-up Language Rayo Pascual atau
nama singkatannya, 'HTML'.
Lelaki yang dikenali sebagai Spaghetti '88,
bekerja sebagai web developer itu berkata, nama itu dipilih selepas dia
memdapat inspirasi dari pekerjaannya.
Menurut adik Spaghetti, Sincerely Yours '98 berkata,
ahli keluarga mereka mempunyai nama-nama yang unik dan semuanya bermula dengan
abang lelaki diberi nama, Macaroni '85, yang diberi oleh ayah mereka.
Difahamkan, Spaghetti '88 lahir selepas
Macaroni dan sepuluh tahun kemudian, ibu mereka hamil lagi sehingga ayah mereka
memutuskan anak ketiga diberi nama yang menyerupai 'penutup surat' iaitu
Sincerely Yours '88.
Angka di penghujung nama merupakan angka tahun
kelahiran mereka. Keunikan nama tiga beradik itu turut mempengaruhi saudara
mereka yang menamakan anak-anak seperti, 'Keju' kerana spaghetti tidak lengkap
jika tiada keju.
Dengan itu, dua anak lelaki dalam keluarga itu
diberi nama Cheese Pimiento dan Keju Parmesan. Dan di saat itulah Spaghetti
memutuskan untuk menamakan anak lelakinya HTML.
"Ramai orang yang tidak menyukainya kerana
menganggap nama itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan anak itu kelak
mungkin akan mengalami kesukaran untuk menulis namanya sendiri atau diejek pada
masa depan," katanya.
Sumber: World of Buzz
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.