[Video] "Yang Cari Penyakit Hadir Majlis Kahwin Ex Dah Kenapa..", Terpaksa Uruskan Wedding Ex, Gadis Tetap Profesional

Setiap orang pasti mahu hubungan yang dibina selama ini berakhir dengan sebuah perkahwinan. Akan tetapi, kalau sudah tidak berjodoh pasti masing-masing akan membawa haluan sendiri dan bertemu pasangan yang lain.

Sudah putus hubungan dengan ex…Sekarang dia yang perlu urus wedding itu

Meskipun berat untuk terima, namun seorang gadis dari Indonesia itu tetap kuat untuk bantu menguruskan majlis perkahwinan teman lelakinya sendiri. Difahamkan, sebelum ini dia telah putus hubungan sebelum jejaka tersebut untuk bernikah dengan pilihan yang lain.

Dia yang touch up makeup ex-boyfriend…Dia juga yang tolong pengantin perempuan pakai baju

Memandangkan dia bertugas sebagai pembantu kepada make up artist (MUA), banyak perkara yang perlu dikendalikannya termasuklah menyiapkan dulang mas kahwin serta pakaian bagi kedua-dua pasangan pengantin. Walau bagaimanapun, gadis tersebut tetap bersikap profesional lebih-lebih lagi di hadapan ramai orang.

Sumpah tak kuat nak tengok, apa lagi nak rasa macam tu…Semoga dapat bertemu jodoh yang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati mendengar kisah yang diceritakan. Selain memuji sikap tabah dimilikinya, ramai juga mengambil kesempatan itu untuk berdoa semoga gadis tersebut bertemu jodoh yang sesuai. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah meraih lebih 2.4 juta tontonan.

Sumber: TikTok Apriliafano

Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya 😊

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close