Suami Tawar Diri Jadi BF Olok-Olok & Mesej Isteri Orang, Wanita Nekad Mahu Bercerai
Jika anda mengikuti Facebook aktivis terkenal, Syed Azmi, beliau sering berkongsikan kisah benar mengenai rumah tangga dan kes hamil luar nikah yang berlaku di kalangan masyarakat.
Baru-baru ini, Syed Azmi berkongsikan kisah
rumah tangga dimana seorang wanita yang tertekan dengan sikap suaminya yang
menjalin hubungan sulit dengan isteri orang.
Kata wanita itu lagi, suami juga sanggup
menawarkan diri menjadi kekasih olok-olok kepada seorang wanita kononnya mahu
membuatkan bekas kekasih wanita itu cemburu.
Namun, wanita itu berkata dia memaafkan
suaminya dan memberi peluang kedua memandangkan dia mengenali wanita itu.
Bagaimanapun sangkaan suaminya sudah berubah
meleset apabila lelaki itu bermesej dengan seorang wanita berstatus isteri
orang pula.
Tidak tahan dengan sikap suaminya itu, wanita
itu nekad untuk bercerai. Suaminya mengakui kesilapannya dan menangis memohon
ampun kepadanya.
Meskipun sudah meminta untuk berpisah, suaminya
tidak mahu untuk menceraikannya. Ujarnya, dia tidak boleh menerima lagi
tindakan suaminya itu memandangkan sebelum ini sudah diberi peluang.
Buntu memikirkan masalah tersebut, wanita itu
menghubungi Syed Azmi untuk mendapatkan pandangan sama ada perlu beri peluang
pada suaminya lagi atau berpisah sahaja.
SUMBER: Facebook Syed Azmi
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.