"Kita Cadang Buat PKP Untuk 4 Negeri Ni Sebab Kes Positif Tinggi..", KKM Mencadangkan PKP Dillaksanakan Di Negeri...
Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) telah mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di
negeri-negeri yang mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi bagi mengekang
penularan wabak itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr
Adham Baba berkata, cadangan itu dibuat kerana jumlah kes harian tidak
menunjukkan sebarang tanda penurunan, sementara kes baharu mencatatkan
peningkatan lebih 3,000 kes bagi tiga hari berturut-turut.
Beliau berkata, cadangan
pelaksanaan semula PKP yang telah dikemukakan itu hanya menumpukan negeri
Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.
"Kementerian Kesihatan telah
menyarankan kepada kerajaan negeri, kerajaan pusat dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN) untuk melaksanakan PKP setelah penilaian risiko menyeluruh dengan
mengambil kira beberapa petunjuk utama.
"Perkara ini sedang
dibahaskan secara mendalam dan pengumuman mengenainya akan diumumkan
segera," katanya hari ini.
Beliau berkata, KKM tidak mahu
mengenakan PKP secara menyeluruh tetapi ia perlu dilaksanakan juga kerana rekod
kes jangkitan Covid-19 yang menunjukkan peningkatan.
Perincian mengenai SOP bagi
negeri-negeri yang terlibat dengan PKP dan tempoh masanya akan diumumkan kelak.
Selain itu, bazar Ramadan di
negeri-negeri terbabit dengan PKP juga akan ditutup bagi mengelakkan penularan
Covid-19.
"Kami melihat mekanisme dan
pelaksanaannya seperti kesesuaian pekerja bekerja dari rumah dan jenis
perniagaan yang dibenarkan beroperasi," katanya.
Sumber: New Straits Times
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya
sebelum menulis komen anda disini
mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga
tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia
sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.