[Video] Berjaya Hafal Al-Quran, 136 Hafiz Dirai Bersama Presiden Turki di Masjid Ayasofya

Sejak dibuka semula sebagai masjid pada Julai 2020, Masjid ikonik Ayasofya di Istanbul kerap kali menjadi sorotan media dunia.

Pelbagai kisah menarik diperoleh sepanjang hampir satu tahun dibuka semula sebagai sebuah masjid.

Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, gambar Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah menghadiri majlis meraikan 136 orang pelajar yang berjaya menghafaz al-Quran di Masjid Ayasofya.

Beliau juga turut hadir bersama cucunya yang merupakan seorang hafiz iaitu Omer Tayyip ke Ayasofya. Gambar-gambar yang diambil juga menunjukkan betapa indahnya majlis ilmu tersebut yang diadakan di sebuah masjid terkemuka dunia.

Sejak dibuka semula sebagai masjid pada Julai 2020, Masjid ikonik Ayasofya di Istanbul kerap kali menjadi sorotan media dunia.

Rata-rata warganet dilaman Twitter @ilmfeed memuji tindakan Presiden Turki yang begitu humble dan sangat memuliakan masjid Ayasofya serta para penghafaz al-Quran.

Cucunya juga turut sama bergambar dengan tidak kekok untuk berlutut bagi memastikan gambar kesemua 136 pelajar dapat ditangkap dengan individu pertama negara itu.

Sumber: @imfeed, @ercinceliq

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close