[Video] "Cikgu Tu Kata Kalau Nak Rogol, Rogol 18 Tahun Ke atas..", Pelajar Dedah Guru Lelaki Buat Lawak Lucah Dalam Kelas PJK
Seorang pelajar sekolah menengah melalui akaun TikTok
mendedahkan guru di sekolahnya membuat lawak tidak bertempat mengenai gangguan
seksual di dalam kelas ketika sesi pembelajaran pendidikan jasmani dan
kesihatan, mengundangkan rasa kurang senang pelajar perempuan.
"So, saya baru balik dari sekolah dan hari ini kelas
kami belajar subjek pendidikan jasmani dan kesihatan dengan seorang guru lelaki
ini.
"Sesi pembelajaran berjalan dengan baik, kami
didedahkan dengan perkara berkaitan gangguan seksual, bagaimana menjaga diri
sendiri dan sebagainya.
"Dia (cikgu) mula buat beberapa lawak, ia kedengaran
normal pada awalnya tetapi lama kelamaan lawak itu menjadi semakin pelik dan
lucah.
"Kemudian kami bercakap mengenai bagaimana
undang-undang melindungi mangsa gangguan seksual, selepas itu dia (cikgu) kata,
'So nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, rogol yang atas 18'.
"Dia betul-betul kata macam tu dan pelajar perempuan
semuanya diam tetapi pelajar lelaki ketawa kerana merasakan hal itu kelakar
kerana cikgu itu buat lawak mengenai perbuatan merogol seseorang.
"Walapun bercakap tentang bagaimana kalau lelaki kena
rogol, mangsa tidak akan membuat laporan kerana mangsa rasa sedap atau
menikmatinya," katanya.
Menurut Ain Husniza Saiful Nizam, 17, pada awal sesi
pembelajaran itu berjalan dengan baik sehinggalah guru itu mula membuat
lawak-lawak lucah yang membuatkan pelajar perempuan terdiam, manakala pelajar
lelaki pula ketawa kerana merasakan ianya kelakar.
Banyak lagi yang hendak didedahkan oleh Ain, namun dia
kesuntukan masa untuk berbuat demikian.
Difahamkan Ain membuat aduan mengenai perkara itu kepada
kaunselor sekolah. Kaunselor berkenaan memohon maaf bagi pihak guru terbabit
dan juga memberitahu bahawa remaja lelaki suka buat lawak kasar tetapi tidak
menyimpan ia di hati.
Sementara itu bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab, akan membuat
laporan polis dalam masa terdekat dan akan berjumpa dengan pihak sekolah kerana
kecewa dengan guru terbabit yang tidak amanah serta mencalar kepercayaan ibu
bapa terhadap guru yang sepatutnya mendidik anak-anak mengenai hal-hal yang
baik.
"Lebih teruk lagi apabila secara tidak langsung (cikgu
itu) menyuntik idea bahawa merogol itu boleh dilakukan, diterima sebagai
sesuatu yang normal dan dijadikan bahan lawak semasa mengajar.
Pendedahan Ain itu juga menarik perhatian bekas Menteri
Pendidikan, Maszlee Malek yang mendesak pengetua sekolah menyiasat perkara itu.
tw// R4P3 JOKES, VERBAL H4R4SSM3NT
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) April 23, 2021
this is what i experienced yesterday at school. please help make it safer for us. @maszlee @zunarkartunis @KemPendidikan @adibahnoor #Awareness #Malaysia pic.twitter.com/MSK2rMX6pg
"Rogol bukanlah jenaka dan guru harus menekankan
keselamatan, bukan sebaliknya. Minta pengetua sekolah pelajar ini melihat isu
tersebut secara serius dan siasat apa yang didakwa dan guru yang terlibat.
"Rogol bukan bahawa lawak dan guru harus menitipkan
soal keselamatan, bukan sebaliknya," katanya.
Sumber: TikTok Ain, MalaysiaKini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.