[Video] "Apa Salah Kucing Saya, Sampai Buat Macam tu Sekali.." Kucing Kesayangan Diracun Orang
Terkilan dan sedih hati seorang lelaki apabila kucing kesayangannya
telah diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Tak dapat
menahan air mata melihat video yang dimuat naik Nur Jehan yang
menunjukkan kucing milik keluarganya, Bobby, mengelupur dalam sangkar
sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Menurut Nur Jehan, bukan sahaja kucingnya diracun, malah ayam
peliharaannya juga pernah mengalami nasib yang sama.
"Bulan mulia begini pun, masih ada manusia yang kejam seperti ini
sehingga membuatkan kami hilang sabar. Kenapalah manusia kejam seperti
ini wujud di dunia? Dah berapa banyak kucing kami diracun?"
katanya.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi, di mana semua orang
sudah masuk ke bilik masing-masing untuk tidur. Baru saja nak tidur,
tiba-tiba kakaknya datang dan memaklumkan Bobby diracun.
"Keadaan Bobby memang dah teruk pada waktu itu dan dia berada di bawah
almari. Punyalah susah nak tarik dia keluar sebelum letak dia dalam
sangkar.
"Kami memang tidak sempat nak buat apa-apa. Kalau berlaku pada waktu
siang, mungkin sempat kami carikan air kelapa seperti yang kami buat
pada kucing-kucing kami yang lain sebelum ini. Tetapi Bobby mati juga
akhirnya."
Menurut Nur Jehan, bukan sahaja kucing-kucing mereka pernah diracun,
malah ayam peliharaan mereka juga pernah menjadi mangsa.
"Entah apa dosa haiwan-haiwan ini kepada mereka. Kami bela elok dari
kecil kami kutip. Macam ini mereka buat pada makhluk tuhan.
"Di dunia mereka mungkin boleh terlepas, tetapi di akhirat kelak
merangkaklah mereka kerana menyeksa binatang. Tak apalah Bobby, pergilah
dengan tenang di sana. Hidup di dunia pun tak bebas," ujarnya.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen mempersoalkan tindakannya memuat
naik video itu di media sosial. Bagi netizen, video tersebut agak tidak
sesuai dipertontonkan kepada umum kerana ia melibatkan nyawa walaupun ia
seekor kucing.
"Malah saya sendiri tidak menyangka video itu mendapat perkongsian yang
banyak," jelasnya.
"Tak ada dah kucing yang selalu korek-korek bawah pintu bilik saya nak
masuk tidur. Tak ada dah kucing bermanja-manja gigit tangan dan kaki
saya nak minta makanan.
"Saya punyalah risau teringatkan dia sebab nak kena tinggal dia bila
saya dah kahwin nanti. Tetapi rupa-rupanya dia yang meninggalkan saya
terlebih dahulu. Selamat tinggal Bobby," katanya.