[Video] "Kau Nak Lari Kemana, No Plate Dah Jelas..", Pemandu Honda City WXT 9505 Langgar Lari Penunggang Motosikal
Seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan
langgar lari di persimpangan lampu isyarat yang dipercayai berlaku di Selayang,
Gombak, semalam.
Video rakaman dashcam pemandu yang juga saksi menunjukkan
kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.36 petang, viral di media sosial.
Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, pemandu kereta
Honda City (5th Gen) nombor pendaftaran WXT9505 berada di barisan paling
hadapan (melebihi garisan yang sepatutnya berhenti) menunggu lampu isyarat
bertukar hijau.
Suspek yang dipercayai sudah terbiasa menggunakan laluan
tersebut, kemudian meneruskan perjalanannya walaupu lampu isyarat masih berwarna
merah.
Tindakannya itu menyebabkan seorang penunggang motosikal
yang datang dari arah lorong kanan, tidak sempat, lalu dilanggar pemandu
terbabit. Mangsa terjatuh ke atas jalan raya dan motosikalnya juga didapati
rosak.
Apa yang menyakitkan hati ialah tindakan pemandu Honda WXT
9505 yang enggan memberhentikan kenderaan untuk membantu mangsa. Sebaliknya dia
terus memecut meninggalkan mangsa. Beberapa penunggang motosikal yang lain
ternampak kejadian itu segera datang membantu mangsa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe
berkata, pihaknya sehingga kini belum menerima sebarang laporan polis dari
mangsa mengenai kejadian itu.
Walaupun begitu, pihaknya akan membuat siastan dan semakan
sekiranya hal itu benar-benar berlku di
Selayang," katanya.
Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.