Ingatkan Rumah Kena Rompak, Rupanya Angkara Empat Anak Dara Pengotor
SEMENYIH, SELANGOR - Keadaan rumah (hostel) yang disediakan secara
percuma kepada empat penuntut universiti swasta yang sedang menjalani
latihan amali bagaikan tongkang pecah dan berbau busuk, lapor Harian Metro.
Wakil syarikat swasta yang mengelolakan rumah berkenaan, Aziman, 26,
berkata, keadaan rumah yang kotor, busuk dan meloyakan itu hanya disedari
pada Jumaat lalu ketika kemasukan penghuni baru hostel
tersebut.
"Sejak beberapa bulan lalu, hostel terbabit didiami empat penuntut
wanita. Sebaik melangkah masuk ke rumah, kami 'dihidangkan' dengan bau
busuk yang amat meloyakan.
"Pada mulanya saya terkejut dan menyangka hostel kena rompak.
Rupa-rupanya memang dibiarkan berselerak.
"Apabila diperiksa, rupa-rupanya bungkusan makanan lama sudah basi di
atas meja, selain air kencing dan najis kucing pula bersepah di atas
lantai. Malah, barangan dan pakaian dibiarkan bersepah dan
tunggang-langgang," katanya.
Azimah tidak menyangka keadaan hostel itu menjadi begitu teruk kerana
empat penghuninya itu bakal menggengam segulung ijazah.
"Lebih mengecewakan, mereka adalah perempuan dan sepatutnya mereka
bersyukur kerana syarikat bukan hanya memberi elaun latihan amali, malah
turu menyediakan kediaman percuma.
"Sikap sambil lewa penuntut terbabit sedikit sebanyak telah mencalarkan
imej dan nama universiti swasta mereka," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Azimah, sehingga kini masih tiada tindakan yang dikeluarkan oleh
syarikatnya. Namun dia mengharapkan amanah serta kemudahan kepada penuntut
itu digunakan dengan sebaik mungkin.