Wanita Viral Yang Pukul Dan Ugut Bunuh Ibu Disebabkan Halau 'BF' Akhirnya Ditahan
BUTTERWORTH: Polis hari ini menahan seorang wanita yang dipercayai mengetuk kepala ibunya dengan telefon bimbit dan memukul lengan dengan penyapu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner
Noorzainy Mohd Noor, berkata susulan laporan yang dibuat ibu suspek berusia 59
tahun polis menahan wanita berusia 24 tahun itu di rumah di Flat Bagan Dalam,
di sini pada jam 11.20 pagi untuk tindakan selanjutnya.
"Siasatan yang dijalankan ke atas suspek dia tidak
mengaku memukul ibunya dengan penyapu dan telefon bimbit.
"Namun, polis menahan reman suspek selama empat hari
mulai hari ini untuk siasatan lanjut." katanya ketika dihubungi di sini,
hari ini.
Jelasnya, polis turut merampas sebatang penyapu plastik yang
dipercayai digunakan suspek memukul ibunya.
"Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati
dia negatif dadah dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun
Keseksaan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi kelmarin, suspek
dilaporkan memukul ibu kandungnya dengan sebatang penyapu, kerana berang dengan
tindakan wanita itu meminta teman lelakinya keluar dari rumah.
Selain itu, suspek juga turut mengugut mahu membunuh ibunya
sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis hingga menyebabkan mangsa
bimbang akan keselamatannya.
Menurut ibu suspek, anaknya itu kini menjadi semakin emosi
kerana tiada sumber pendapatan dan terputus bekalan dadah.
Sumber : Berita Harian
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.