[Video] "Sebak & Sedih..", Rakaman Reaksi Ahli Keluarga Mangsa Kapal Selam, Akur & Reda Dengan Pemergian..
Umumnya mengetahui, kehilangan kapal selam KRI Nanggala-402,
akhirnya terjawab apabila kapal berkenaan ditemui di dasar laut perairan Bali
berikutan penemuan tumpahan minyak di kawasan tersebut. Sebelum ini, kapal
berkenaan dilaporkan hilang sejak 21 April yang lalu, dan usaha pencarian giat
dilakukan oleh pihak berkuasa dibantu dengan negara-negara luar.
Bagaimanapun, apa lebih meruntun hati, apabila melihat
reaksi keluarga-keluarga mangsa yang terpaksa akur dan reda dengan apa yang
telah terjadi.
Menerusi video ringkas tersebut dapat dilihat Menteri Sosial
Republik Indonesia, Tri Rismaharini berjumpa dengan keluarga-keluarga mangsa
nahas insiden kapal selam itu. Ahli keluarga mangsa yang berada di tempat
berkumpul itu, tidak mampu menahan sebak akan berita sedih itu dan berpelukan
satu sama lain.
Risma turut mengambil peluang untuk mendekati setiap seorang
daripada mereka dan mendengar isi luahan yang terpendam selama ini. Pada masa
yang sama, pihaknya turut berduka cita dengan apa yang telah terjadi dan
menyediakan bantuan pakar psikologi kepada mana-mana keluarga yang memerlukan.
Menerusi laporan Suara, isteri kepada Komander Kri Nanggala-402, Kolonel Laut Harry Setyawan memberikan jawapan yang menunjukkan dia sangat ‘kuat’ dan akur dengan apa yang telah terjadi. Perkongsiannya itu secara tidak langsung membuatkan rata-rata warganet berasa sebak mendengar jawapannya itu.
Saya perlu kuat kerana saya isteri Komander, ketua angkatan kapal. Jika tugas Harry adalah menjaga anak buahnya, tugas saya sebagai isteri adalah menenangkan isteri dan keluarga mereka.
Terdahulu, kapal selam yang membawa 53 kru itu dilaporkan
telah terbelah kepada tiga bahagian dan semua anak kapalnya dipercayai telah
meninggal dunia.
Sumber : OB
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.